Tuesday, January 22, 2019



                                   si Tanggang Derhaka
                                       
source : google



Introduction - Tanggang Si Penderhaka Kepada Orang Tua Nya

⤩ Telah sekian lama hikayat si Tanggang telah menjadi perbualan di seluruh pelosok nusantara terutama di kepulauan Melayu. Tanggang merupakan seorang anak tunggal kepada sepasang suami isteri iaitu si Talang dan Deruma di mana mereka menetap di kawasan muara sungai.
Source : Google
     
Pasangan itu sangat menyayangi anak mereka dan memanjakan anaknya sentiasa walaupun mereka hanya 
 seorang tua yang miskin. Mereka memelihara anaknya (Tanggang) sehingga dewasa dengan sangat   cermat bak pepatah "Menatang Air Yang Penuh" <----katanya lah hihihi 😆...ok kita sambung cerita balik k----->kerana si Orang Tua tahu dunia yang bakal ditempuh oleh anaknya yang akan datang bukanlah   semudah yang disangka, terlalu banyak ranjau duri yang perlu dilalui kelak dan si ibunda serta ayahanda sangat mengetahui keadaan itu.

Setelah segala ilmu dibekalkan kepada si anak, ilmu dunia sehinggalah ilmu akhirat...si Tanggang , anak kesayangan si ibu tua kini telah menjadi seorang anak teruna yang sangat taat, rajin serta sangat berazam untuk menjadi kaya.

Pada suatu hari, sedang Tanggang berperahu di muara berdekatan rumahnya...dia melihat sebuah kapal datang berdagang di situ lalu dia sangat teruja untuk menjadi salah seorang 'anak kapal' tersebut. Dia lalu mendayung mendekati kapal tersebut untuk menawarkan diri menjadi 'anak kapal'.
Nakhoda <Kapitan> kapal tersebut tertarik dengan kecekapan Tanggang mengendalikan perahu serta semangat si Tanggang untuk menjadi sebahagian daripada anak buah beliau lalu mengambil si Tanggang untuk berlayar bersama. Pergilah si Tanggang bersama janji akan pulang setelah kaya kepada orang tua nya.

Masa berlalu dari hari menjadi bulan, bulan bertukar ganti menjadi tahun...musim bermusim...

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Source : Google


Nakhoda amat suka dengannya kerana dia rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang pun diambil sebagai anak angkat. Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil Nakhoda Tanggang.

Si Tanggang cekap dan pandai berniaga. Namanya menjadi terkenal. Oleh itu dia dijemput oleh Sultan ke istana. Tidak lama kemudian, Si Tanggang pun berkahwin dengan puteri Sultan. Si Tanggang membawa isterinya berlayar ke banyak tempat di merata negeri.
Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal-usulnya. Orang kampung mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang. Mereka pun memberitahu kepada orang tuanya.
“ Anak kita sudah pulang. Marilah kita pergi tengok” kata Si Talang.
“ Ya, aku rindukan Si Tanggang. Khabarnya dia sudah kaya sekarang, “ kata Deruma dengan gembira.


Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju ke kapal Nakhoda Tanggang. Si Deruma membawa makanan kegemaran Si Tanggang, iaitu pisang salai.
Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Seketika kemudian, Si Tanggang muncul dengan isterinya.
Source : Google


“ Siapakah kedua-dua orang tua ini?” tanya Si Tanggang kepada anak kapalnya.
“ Mereka mengaku sebagai ibu bapa tuan,” jawab anak kapal itu.
“ Betulkah mereka ini ibu bapa kanda ?” tanya isteri Si Tanggang.
Si Tanggang berasa malu untuk mengaku orang tua itu ibu bapanya. Kesusahan dan kemiskinan membuat Si Talang dan Si Deruma kelihatan begitu uzur dan daif sekali.
“ Ibu bapa kanda? Oh, tidak! Kanda tidak mempunyai ibu bapa lagi. Mereka bukan ibu bapa kanda. Jangan benarkan kedua pengemis ini naik ke kapal !” herdik Si Tanggang. Mukanya merah padam kerana malu dan marah.
“ Oh, anakku, Si Tanggang! Aku ibumu. Ibu ada bawakan pisang salai kegemaranmu, nak “ kata Si Deruma.


“ Pergi! “ tengking Si Tanggang. Dia memukul jari ibunya yang bergayut pada bahagian tepi kapal. Pisang salai yang dibawa ibunya, dibuang ke laut.
Si Talang dan Si Deruma berasa terlalu sedih dan kecewa. Sungguh tidak disangka anak kesayangan mereka telah berubah. Mereka pun berdayung ke tepi.
Apabila tiba di daratan, Si Deruma memandang ke langit. Sambil mengangkat kedua-dua belah tangan dia berseru “ Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya.”
Tiba-tiba petir berdentum. Angin bertiup kencang. Kapal yang sedang berlabuh itu terumbang-ambing. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka.

source : Google

source : Google
“ Oh, ibu! Ampunkanlah Tanggang. Tanggang mengaku, Tanggang anak ibu!' teriak Si Tanggang.
Akan tetapi, Si Tanggang sudah terlambat. Gelombang yang kuat memecahkan kapalnya. Apabila ribut reda, kapal Si Tanggang menjadi batu. Semua anak kapal juga bertukar menjadi batu. Si Tanggang dan isterinya turut menjadi batu.


kredit kepada : Source: http://kisahdongengsivik.blogspot.com


source : google

No comments:

Post a Comment